Monday, November 30, 2015

02 Dec 2015 - Variety Coll De Dama Grise ( Gambar )

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah selepas beberapa purnama menanam pokok variety Coll De Dama Grise , telahpun berputik . walaupun tidak berapa banyak buahnya. tapi cukup teruja jenis ini.

Putik mula membesar selepas menggunakan baja NPK 13 13 25 . penambahan tanah campuran didalam pasu untuk lebih segar lagi. medium campuran tanah merah bakar , tanah hitam dan sedikit baja rintis ( High N dan High K )




01 Dec 2015 - Khasiat Pokok dan Buah Tin

Assalamualaikum

Dibawah adalah video berkenaan dengan kebaikkan Pokok dan buah tin.

Sila klik disini

Sunday, November 22, 2015

23hb November 2015 - Beli Benih Pokok Tin ( Gambar)

Bismillahirahmanirahim

Sabtu lepas saya dan isteri pergi ke kebun Tin yang besar untuk membeli sedikit anak-anak pokok stabil untuk ditanam. pukul 9 pagi saya dah bersiap-siap untuk kesana. perjalanan agak jauh juga. dalam satu jam dari tempat saya.

Sampai di sana kul 10 lebih. Alhamdulillah pertama kali berkunjung ke sana. Tempat agak luas.
Tak sempat jumpa Hj Ridzuan.. just jumpa en. Zul ( pembantu Haji) . Dapat memilih anak-anak pokok sepuas-puasnya..

Antara variety yang kami ambil adalah :
1) Red Khurtmani
2) Noire De Caromb
3) Purple Jordan
4) Red Libya
5) Victoria
6) Beat Ramon
7) Tia Penya














Alhamdulillah. Telahpun mula memindahkan ke dalam pasu besar.

23hb November 2015 - Mengutip Buah Tin ( Gambar Buah )

Alhamdulillah walaupun sedikit tapi saya bersyukur dapat merasai buah fresh dari pokok yang di tanam sendiri. Rasa amat manis dan berlemak untuk kedua-dua Variety. tapi pilihan saya untuk minggu ni adalah Jumbo , kerana cukup masak di atas pokok.

 Buah Jumbo masak ranum

Buah Masui Dauphine (A) masak ranum

Sekian

Friday, November 20, 2015

20hb November 2015 - Variety MD (A) dan Jumbo ( Gambar Buah)

Assalamualikum

Alhamdulillah  , petang ni kami dapat merasai buah Masui Dauphine ( A) , Warna agak menarik , color merah gelap dan satu lagi Variety Jumbo, masih belum masak sepenuhnya , so kami akan tunggu dua hari lagi untuk memetik buah jumbo. In sya Allah minggu ni adalah musim memetik buah masak saja.

 Variety Jumbo ( Kena tunggu 2 hari lagi baru boleh petik)

Variety Masui Dauphine (A) - Petang ni saya akan potong . nanti saya akan upload gambar ...macam sedap je. Pertama kali masak ranum. memang betol-betol teruja nak merasai hasil dari tangan sendiri.

Sekian

20hb November 2015 - Variety Noire De Barbentane

Bismillahirahmanirahim

Pada pertengahan September lepas saya telahpun membeli satu Variety yang menghasilkan buah yang cantik , iaitu Noire De Barbentane. Pada pendapat saya sendiri , Variety ini memang menarik kerana menghasilkan buah yang cantik.

Pertumbuhan agak lambat pokok jenis ini , saya telahpun menanam hampir 3 bulan lepas. mungkin pada permulaan saya meletakkan pokok ini agak tersorok sedikit kerana saya beli pokok yang masih kecil.

Variety : Noire De Barbentane
Tarikh Beli : 15 September 2015



Saya akan update gambar terbaru nanti.

Wednesday, November 18, 2015

19hb November 2015 - Variety Super Jumbo

Assalamualaikum

Alhamdulillah satu lagi variety melabuh di tempat kami. Variety Super Jumbo ini adalah variety yang perlu ada pada setiap peminat Pokok Tin , Pokok ini baru berumur lebih kurang dua bulan  , kami telahpun menukar ke dalam pasu besar.

Selepas 4 minggu menukar ke dalam pasu besar , pucuk baru mula keluar selepas makan vitamin
NPK 15 15 15 , Seminggu dia ni makan baja 2x. Saya difahamkan pokok ini memang produktif dan menghasilkan buah yang agak besar.

Tarikh Beli : 18 Oktober 2015
Variety : Super Jumbo



Sekian

Tuesday, November 10, 2015

11hb November 2015 - Variety Red Khurtmani

Assalamualaikum

Variety ini adalah musafir yang saya beli dari Indonesia. Beli anak " cangkok " sebanyak 12 pokok.
Selepas berpindah ke dalam pasu kecil . ada sedikit kesilapan teknik mengaul tanah ( pada masa tu saya tak pandai nak tanam). Ada beberapa Variety yang hidup tapi mati selepas memindah pot baru..

Red khurtmani adalah satu-satunya yang hidup. Kini dah membesar dengan jayanya. Minggu ni pula saya tengok dah mula berputik.

Alhamdulillah  , Saya rasa bersyukur kerana telah pun mengeluarkan modal yang agak besar pada masa itu . Allahuakbar sedih tengok cutting dahan dan anak tut mati hampir kesemuanya.

Dibawah ini saya sertakan gambar Red Khurtmani yang ada di tempat saya.

 Minggu ke 2 selepas di tanam

 Selepas sebulan di Tanam . Kini dia dah dok luar rumah.

 Selepas dua bulan lebih di dalam pasu besar

 Alhamdulillah dah berputik - 8 Nov 2015

 Banyak putik keluar minggu ni.



Sekian .

Monday, November 9, 2015

09hb November 2015 - Variety Coll De Dama Grise

Assalamualaikum

Sedikit update dari saya, Variety ini yang agak menarik minat saya tentang variety ini. Nama yang sedap. Ianya mempunyai beberapa jenis didalam keluarga Coll De Dama.. Seperti
Coll De Dama Noire dan lain lain lagi.
Saya akan membuat list untuk family ini nanti.

Di bawah ini saya akan update sedikit gambar pokok variety CDDG ini.

Tarikh Beli : 28hb August 2015
Variety : Coll De Dama Grise


28hb August 2015 






9hb November 2015 - telahpun berputik

Sekian



Saturday, November 7, 2015

07hb November 2015 - Variety Barnisotte

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, target bulan ni membeli benih pokok Tin lagi. Kali ini variety Barnisotte, buah nya agak besar dan berwarna kehitaman. Pernah menjadi satu kegilaan mencari variety ini.kini telahpun ditanam di seluruh Malaysia dan sabah.

Sabar ye nak, nanti atok belikan pasu besar.




07hb November 2015 - Benih Za'faran

Bismillahirahmanirahim
Saya ada beli 10 biji benih Za'faran . yang di beli dari supplier pokok exotic di New Zealand.
Alhamdulillah , selepas 3 minggu berada di bumi Selangor, benih ini telahpun mula bertunas dan berakar. Alhamdulillah
Dengan harapan benih ini boleh hidup subur seperti di bumi Anbia' . penanaman ini secara meluas di bumi Iran,Afghanistan dan lain2 negara.
Saya cukup teruja nak update pada rakan-rakan yang lain. Kami akan menambah bilangan benih herba ini dari masa ke semasa.
Akar mula keluar 

Pucuk baru keluar dari tanah.

Sekian

Thursday, November 5, 2015

15hb Oktober 2015 - Variety Jumbo ( Gambar Buah )

Assalamualaikum

Hari ini memang sungguh excited sebab nak makan buah variety jumbo. Baru je petik..
Sapa yang makan banyak time tu ? Tentu lah si Aisy...dia je yg makan.

 Yang belah kanan tu yg masak ranum.. Kami ambil gambar ni sebagai bukti pokok ini telahpun berbuah pada pertama kali nya.

 Seminggu sebelum masak.

 Telah pun dipetik pada pagi hari. lepas tu masukkan dalam peti sejuk.

1 st time kami memetik buah Tin di laman rumah ... 1 st time kami menimbang.. hehehe
62gram. berat ideal untuk pokok muda..

06hb November 2015 - Variety Red Khurtmani

Assalamualaikum

Variety ini adalah variety biasa dikalangan pengumpul-ngumpul pokok Tin. Ini adalah waris terakhir yg di bawa masuk dari indonesia , Pada mulanya sebanyak hampir 40 batang pokok tut dan cutting dahan di bawa masuk secara halal.

Selepas sampai di Airport KLIA. pihak kastam telahpun menahan bungkusan tersebut kerana ada anak tut pokok. sebenarnya saya tak tahu menahu anak pokok tut ( yg ada tanah) tidak dibenarkan di bawa masuk. oleh kerana saya membeli benih pokok ni mencapai harga ribuan ringgit kesemuanya saya terpaksa menerima tawaran seorang " Haji" membantu bawa keluar. dalam kekalutan , panik semuanya , saya kena membayar sebanyak RM500 kepada pihak kastam.
( Banyak sangat kau pow tu). Tak selamat dunia akhirat bang kalau ko makan duit "haram".

Kita fokus pasal nak tanam pokok tin yang berjaya ditanam. iaitu variety Red Khurtmani.

 Selepas beberapa minggu saya memindahkan ke dalam pasu kecil.

Tunggu lebih 3 minggu baru dia bangun tidur.

Red Khurtmani sumber dari Indonesia. Di tanam pada bulan July 2015


06hb November 2015 - Variety Noire De Bell One

Alhamdulillah

Kini kami makin yakin untuk menambah sedikit lagi variety Noire De Bell One.
Apa yang saya tahu Bell one ini adalah jenis pokok yang mengeluarkan buah berwarna kehitaman.
sebenarnya kami memang amat tertarik dengan variety jenis ini.

Pada June lepas saya ada membeli "cutting" dahan pokok jenis ini. malangnya saya tak pandai nak semai cutting. cutting tu mati selepas memindahkan ke pot yg lebih besar.

Jadinya pada pertengahan Oktober lepas saya telahpun membeli sepokok jenis ini untuk menggantikan yg dulu. Alhamdulillah selepas 2 minggu memindahkan ke dalam pasu besar. pokok dah mula stabil. pucuk-pucuk baru mula keluar. lebih daripada 8 dahan baru telahpun keluar dengan jayanya.

Daun dan pucuk kemerahan menandakan variety ini memang cantik dan menarik. In sya Allah saya akan terus menambah lagi pokok-pokok ini.

Aminn.


 Selepas 2 minggu memindahkan kedalam pasu besar. dan sedikit baja untuk si cantik ni makan..



Cuba tengok setiap daun mempunyai color merah...memang cantik.Pucuk mula keluar di tepi2 dahan tu. saya akan update 2 minggu lagi ye.

05hb November 2015 - Variety Jumbo.

Alhamdulillah. Pokok Jumbo adalah pokok yang amat produktif. Buah nya lebat. sehinggkan lekat lebih dari 40-50 biji.  selepas menanam pokok jenis ini pada august lepas , saya dan family telahpun merasa sendiri buah jumbo yang dipetik dari pokok ini.
Jom layan dulu gambar-gambar pokok jumbo ni.

 Tanam tepi rumah saja, tujuan keselamatan. Kalau depa tau harga pokok ni.. risau budak2 nakal pi patahkan dahan pokok2 kecik ni.

 Buah pertama yang membusuk.

 Pokok cantik, daun cantik,


 ni gambar sebulan selepas dibeli dari Nilai.

Ni masa baru sampai .. 01 Aug 2015