Monday, December 14, 2015

15hb December 2015 - Variety Pokok Tin yang dah ada dirumah.

Assalamualaikum

Saya nak listkan secara ringkas berkenaan pokok-pokok yang saya dah beli. Ada yang dah berbuah selepas 1 bulan tanam, ada yang masih kecil , ada yang baru mula nak membesar selepas bagi rumah yang besar..

Variety - Variety yang menjadi pilihan saya setakat ini.

1) Jumbo - 4 pokok termasuk anak tut.
2) Masui Dauphine (A) - 3 pokok termasuk anak tut
3) Napolitana Negra - 4 pokok termasuk anak tut
4) Coll De Dama Graise - 6 pokok termasuk anak tut
5) Noire De Barbentane - 2 pokok termasuk anak tut
6) Red Khurtmani - 5 pokok termasuk anak tut
7) Super jumbo - 1 pokok
8) Beat Ramon - 2 pokok termasuk anak pokok stabil
9) Purple Jordan - 3 pokok termasuk anak tut
10) Red Libya - 1 pokok
11) Coll De Dama Negra - 1 pokok
12) Victoria - 2 pokok
13) Noire De Caromb - 2 pokok
14) Tia Penya - 2 Pokok
15) Bergunya - 1 Pokok
16) Abicou - 1 Pokok
17) Barnisotte - 1 Pokok
18) Bell One - 2 pokok termasuk anak tut
19) Texas Everbearing - 1 Pokok anak tut
20) Voilette De Sollies - 1 Pokok
21) Albacor Comuna - 1 Pokok
22) Den Amoros - 1 Pokok

Total semua ada dalam 47 pokok tin ( termasuk anak tut)

Anak-anak pokok ada yang telah dialihkan ke dalam pasu plastik ,. Alhamdulillah banyak juga dah ada kt rumah tu.


Sunday, December 13, 2015

14hb December 2015 - Beberapa Variety sampai lagi (Gambar)

Assalamualaikum.

Seperti biasa setiap minggu membeli pelbagai jenis variety pokok tin yang belum ada di tanam di tempat kami. Berikut adalah beberapa jenis pokok yang stabil dibeli di Ladang milik Tuan Haji Ridzuan.

Antara variety yang menarik minat saya adalah :

1) Abicou
2) Bergunya

Ada 4 pokok lagi kami saja je beli lagi walaupun dah ada kat rumah tu, dan kami bercadang nak tukar pasu plastik agak besar sikit... bagi diaorg membesar dengan cepat lg

3) Tia Penya
4) Noire de Caromb
5) Victoria
6) Beat ramon

Di bawah ni adalah jenis-jenis pokok yang dibeli baru ni. kami dah pindahkan kedalam pasu plastik yg besar sedikit.

 Variety Red Khurtmani . Akar pun dah banyak . Pokok dah stabil , setelah dipindahkan ke pasu plastik.

 Anak tut yang kami baru potong. dan akan di masukkan kedalam pasu plastik.


 Cuba tengok akarnya... banyakkan? kami menggunakan medium tanah yang sama kami gunakan didalam pasu lain...

Gambar buah ni adalah pokok induk red khurtmani.


Variety Beat Ramon
Pokok dah stabil ni.. Tarikh dimasukkan kedalam polybeg pada 25 Oktober 2015.


 Variety Bergunya
Pokok ni pun dah stabil. 25hb November 2015.


 Variety Noire De Caromb
Pokok dah stabil . Tarikh dimasukkan kedalam polybeg pada 14 Oktober 2015


 Variety Tia Penya
Pokok ini baru dua minggu didalam polybeg. Akar pun dah banyak. kami pindahkan kedalam pasu plastik. Tarikh masuk polybeg 30 november 2015
Variety Victoria
Pokok ni stabil. kami dh masukkan baja NPK sedikit untuk pertumbuhan yg lebih baik.
Tarikh masuk polybeg pada 01 Oktober 2015.



Sekian

Wednesday, December 9, 2015

13hb December 2015 - Variety Albacor Comuna (Gambar)

Alhamdulillah

Hajat untuk memiliki sesuatu variety yang amat berharga pada saya yang baru berjinak-jinak membuat koleksi jenis-jenis pohon syurga yang tumbuh melata di seluruh dunia.

Kali ini terpikat dengan tawaran abg SAB dari buttorworth. Alhamdulillah tercapai juga hajat untuk kali ini.

cukup puas hati dengan potongan tut variety ini kerana abg SAB telahpun membuat double bunjut bagi memudahkan akar-akar baru tumbuh lebih banyak sementara sampai ke tangan saya.

Terima Kasih untuk isteri ku , Puan Jue yang membelikan variety ini sebagai hadiah hari lahir yang ke 37 minggu lepas. Terima kasih tak terhingga kerana memberi support dan tolong jaga anak-anak pokok tin yang ada di rumah. Kadang-kadang kami bersama-sama study dalam internet berkenaan penjagaan pokok-pokok ini. Lebih-lebih lagi bulan ini hujan mencurah-curah di bumi Bandar Seri Putra .


Sedikit gambar semasa proses pembelian pokok dari abg SAB






12hb December 2015 - Variety Coll De Dama Negra

Assalamualaikum

Bulan ni sampai lagi anak pokok stabil. Memang teruja bila nampak seller iklankan Variety Coll De Dama Negra. Sungguhpun berniat nak membeli dua pokok tapi terpaksa akur seller bagitau yang lain-lain tu dh di tempah oleh peminat jenis ini.

Variety agak menarik kerana mengeluarkan buah berwarna kehitaman. Daun yang beraroma sesuai untuk di proses menjadi teh daun pokok tin. In shaa Allah sedikit masa lagi kami akan mula mengumpul daun-daun pokok tin dan akan proses menjadi teh. Apabila di proses nanti boleh lah merasai teh yang beraroma wangi ini.

Berbalik kepada Variety ini, Coll de dama negra ini telah pun stabil di dalam pasu besar. nanti saya akan kongsikan sedikit gambar semasa sahabat saya pergi mengambil pokok ini di kebun tin milik Tuan Haji Musa.



10hb December 2015 - Variety Violette De Sollies

Assalamualaikum

Dah beberapa hari saya agak sibuk mengemas depan rumah.. menyusun beberapa biji pasu baru. Beli tanah merah bakar sebanyak 30 beg dan beli tanah hitam 12 beg. Pasu baru beli sikit saja. dalam 6 biji kesemuanya,.

Pokok benih tut yang di tempah beberapa minggu lepas telahpun selamat sampai ke tangan.
Variety ini agak menarik kerana jenis ini mengeluarkan buah kehitaman . Variety ini dinamakan Violette De Sollies. Sumber pokok ini dibeli daripada Abang Zawawi dari Kelantan.

In Shaa Allah saya akan upload gambar pokok itu nanti. sementara ini dia masih di dalam botol ajaib untuk memastikan akar-akar baru tumbuh dengan banyak baru saya akan pindahkan ke dalam pasu besar.




Sekian