Sunday, February 28, 2016

29hb Feb 2016 - Update Variety Col De Dame Gris (Tukar Baja)

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum semua,

Pada peringkat permulaan menanam pokok Tin ni , Pelbagai jenis baja ( Baja Pertumbuhan + Baja Buah ) saya cuba. Pelbagai brand dan harga agak tinggi juga saya gunakan. Ada yang cukup murah tetapi pertumbuhan pokok agak lambat.

Setelah beberapa brand saya cuba, kali ini saya mencuba yang mahal juga. masih tidak menjadi juga.
(brand biarlah saya tidak maklumkan di sini kerana menjaga reputasi company baja itu sendiri) . Kemungkinan besar saya juga tidak begitu arif jadual yang di saran oleh pihak yg menjual baja tersebut. Kali ini saya mencampur kan baja NPK dan juga di selangi baja organik.

Selepas menggunakan baja NPK 151515 ( Brand Serbajadi ) . No code 45 , pokok - pokok mula menghijau . Alhamdulillah percubaan kali ini menjadi. Selepas itu saya menabur baja NPK 121216 . no code 43. Pokok mula berputik . sungguh teruja. kali ini percubaan membaja menjadi.

Contoh di bawah , Selepas 2-3 minggu tiba2 tunas baru muncul dari pangkal pokok induk. ada juga putik muncul dicelah-celah daun yg masih muda. Alhamdulillah



Tuesday, February 23, 2016

24hb Feb 2016 - Pelbagai Jenis Pokok Tin ( Contoh pokok dan buah)

Assalamualaikum
Ada beberapa gambar yang kami ambil dari internet , bagi memudahkan buat comparison dengan yang kami tanam . Biar baka pokok ini original (sama) dngan yang diaorg tanam di ladang.











































Sunday, February 21, 2016

22hb Feb 2016 - Update : Variety Noire de Bellone

Assalamualaikum

Pembelian Variety Noire De Bellone pada bulan Oktober 2015. Asal pokok nya dari cutting saja. penjagaan pokok dari cutting tiada beza berbanding dengan anak pokok tut . cuma apa yang kami nampak adalah apabila penjagaan agak lama sedikit sehingga dia berbuah. Lama juga saya jaga, dari bulan oktober sehingga bulan februari. 4 bulan juga menunggu dia berbuah. Alhamdulillah kini dh nampak hasil selepas saya nekad menukar baja.

Dua minggu lepas saya telahpun membeli baja NPK 151515 ( Brand Serbajadi) . Selepas itu saya letak sedikit baja buah ( brand yang sama) .

Hasil menggunakan baja itu amat ketara. Alhamdulillah , penantian selama ini dh berhasil.


Beberapa minggu selepas menukar pasu besar. ( Oktober )

Selepas 2-3 minggu menukar baja. kita tunggu buah nye membesar baru saya update

Sekian

Monday, February 15, 2016

16hb Feb 2016 - Perkembangan terkini penanaman pokok Tin

Bismillahirahmanirahim

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam. Alhamdulillah perkembangan terkini selepas 5 bulan mula menanam pokok Tin.

Penambahan pokok hampir setiap minggu sampai , memang fokus kami menambah jumlah anak-anak pokok Tin setiap bulan mesti cari sepokok dua untuk koleksi kami. Harga dan Variety kami tidak menitik berat sangat yang penting bukti pokok " common" yang dibeli telahpun berjaya berbuah dan membiak dengan baik di tanah Malaysia.

Penambahan yang akan kekal menjadi koleksi untuk bulan February ini adalah 

1) Bonjour sette
2) Goulbun
3) Noire De Barbentane
4) Yellow Long Neck
5) Tena
6) Violette De Bourdox
7) Sal Gene
8) Sultane
9) Green Jordan.

Ada di antara variety-variety telahpun kami miliki sebelum ini tetapi kami nak membezakan " Baka Original" yang di jual oleh seller-seller di sini. Andai didapati "baka" tidak original kami tidak akan membeli lagi daripada beliau selepas ini.

Kalau ikut pengiraan modal memang banyak kami keluarkan bulan ini. Kadang-kadang rezeki yang tidak disangka-sangka kami terima. Jikalau ada lebih modal nya in shaa Allah kami akan membeli lagi. 

Wednesday, February 10, 2016

11hb Feb 2016 - Stock anak pokok minggu ini.

Assalamualaikum

Isnin lepas saya ke ladang tuan Haji , tengok-tengok anak pokok yg mana berkenan. Banyak pokok-pokok stabil saya ambil untuk ditanam sendiri dan ada juga akan dilepaskan nanti.

Pokok-pokok saya pilih memang sihat-sihat belaka sebab tak nak terlalu lama kita menunggu pokok ni membesar nanti. kalau ambil kecil sangat puas nak tunggu nak membesar.

1) Beat Ramon
2) Victoria
3) Noire De Caromb
4) Tena
5) Gulbun
6) Bounjour Sette
7) Abicou

Kebanyakkan pokok yang saya pilih adalah variety yg menghasilkan buah berwarna hitam. cuma Variety Tena berbuah kuning dan Gulbun ( kuning ) . Alhamdulillah ada sedikit penambahan pokok pada setiap bulan. Ada yang telah dipindahkan ke dalam pasu besar dan ada juga kami pindahkan ke dalam pasu plastik sementara waktu.