Tuesday, May 31, 2016

01hb June 2016 - Tanam Pokok Tin di Kampung

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah , pokok-pokok tin sihat-sihat belaka di kampung. kesemua pokok yang di tanam pada january dan march lepas telahpun berbuah. ada yang masak. Hebat juga tangan mak mertua dan pak mertua saya menanam pokok ni tanpa baja-baja yg khusus.

Mertua saya pun minat menanam pelbagai jenis sayur-sayuran , nanti saya update sayur pulak. Tanah yang digunakan adalah tanah kuning ( Topsoil) dan tanah sawit sahaja.






Tuesday, May 24, 2016

24hb May 2016 - Facebook Pages Kami

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua , kami telahpun ada page facebook berkaitan pokok Tin yang diuruskan oleh isteri saya sendiri iaitu  " Seriputra Figs " . Nama ini dipilih kerana kami tinggal di kawasan Seri Putra Bangi. Jadi mudah kawan-kawan ingat untuk ke tempat kami nanti.

Bagi kawan-kawan yang belum lagi tengok page tersebut boleh la klik kat link yang saya sertakan dibawah nanti. Banyak gambar-gambar yang diuploadkan disitu. Biasa lah orang perempuan ni suka main kamera ..hehehe. Sila klik pada perkataan Seriputra Figs di bawah.
Terima Kasih



Monday, May 23, 2016

24hb May 2016 - Memetik buah Tin segar ( GAMBAR )

Assalamualaikum WBRT.

Minggu ini banyak jenis pokok tin telah masak. Alhamdulillah , happy anak-anak dapat makan banyak buah yang telahpun masak ranum. bila masak ranum di pokok , rasa pun sedap-sedap belaka. Kami pun share-share dengan jiran , tetamu yang datang melihat sendiri cara kami menanam pokok Tin. arini nak belanja gambar-gambar yang telahpun di upload di dalam page facebook  " Seriputra Figs " .
Bagi yang baru nak berjinak-jinak menanam pokok Tin ini boleh la whataapps saya atau message terus ke page facebook kami.

Page Facebook : Seriputra Figs atau Pakteh Agro Product
Whatapps : 013-3227141 atau 017 - 6410008

1) Variety Barnisotte . Masak merah kehitaman. Manis sangat-sangat. berkulit nipis . buah size besar. makan 2 biji kenyang hingga esok. hahahha








 2) Variety Bergunya. Buah masak berwarna hijau kekuningan  , Rasa lemak berkrim. hehe

 3) Variety - variety yang di potong :
- Noire de Bellone
- Super Jumbo






4) Variety Tia Penya.
Buah masak hijau ke kuningan , rasa yang amat manis dan berlemak.





Tuesday, May 17, 2016

17hb May 2016 - Memetik buah masak ( GAMBAR)

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah , pokok mulai mengeluarkan hasil buah yang amat lebat sekali , Pelbagai variety pokok tin yang menghasilkan buah masak pada setiap hari. anak-anak pun happy dapat merasai buah tin segar dari halaman rumah kami. ada beberapa jenis buah yang kami dapat kongsikan bersama.

Variety - variety yang dapat petik minggu ini adalah :
1) Red Libya
2) Jumbo
3) Super Jumbo
4) Noire de bellone.

Gambar di bawah ini adalah yang kami sempat snap sebelum masuk ke mulut anak-anak tadi.











Sunday, May 8, 2016

9hb May 2016 - Stock Pokok Tin Untuk Dijual

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum WBKT

Saya ada beberapa pokok untuk dijual. pokok telahpun stabil didalam polybeg ( putih ) . Pokok telahpun mula diletakkan di tempat panas. Mudah nak jaga dah.
Lokasi Bandar Seri Putra Bangi
Tel : 0133227141 ( Pakteh )

1) Variety Jumbo
- Pokok Telahpun besar dan telah hampir dua bulan di dalam pasu. Anak pokok ini adalah anak tut yang telahpun diletak ditempat panas. Sumber induk dari Nana@FDM. Pokok ini berbuah merah dan amat produktif.
Harga : RM120.00
Status : Available





1) Variety Masui Dauphine ( A )
- Pokok telahpun besar dan telah 1 bulan di dalam polybeg. Anak pokok ini adalah anak tut yang telahpun diletak ditempat panas. Sumber induk dari Nana@FDM. Pokok ini berbuah merah dan amat produktif.
Harga : RM120.00
Status : BOOKED



1) Variety Noire De Bellone
- Pokok telahpun besar dan telah 1 bulan lebih di dalam polybeg. Anak pokok ini adalah anak tut yang telahpun diletak ditempat panas. Sumber induk dari MawarHPA. Pokok ini berbuah hitam dan amat produktif.
Harga : RM250.00
Status : SOLD




1) Variety Coll De Dama Grise
- Pokok telahpun besar dan telah 2 bulan di dalam pasu. Anak pokok ini adalah anak tut yang telahpun diletak ditempat panas. Sumber induk dari MawarHPA.
Harga : RM300.00
Status : Available



1) Variety Noire De Barbentane
- Pokok telahpun besar dan telah 1 bulan di dalam polybeg. Anak pokok ini adalah anak tut yang telahpun diletak ditempat panas. Sumber induk dari MawarHPA. Pokok ini berbuah hitam dan amat produktif.
Harga : RM350.00
Status : SOLD



Sekian.

Wednesday, May 4, 2016

5hb May 2016 - Super Jumbo dan Anggur Isabella (Gambar)

Alhamdulillah

Rezeki anak-anak petang semalam. saya sempat rasa satu hiris sahaja. anak yang bongsu makan semuanya...minat betol dia buah Tin fresh. memang sedap dan cukup manis.




 1) Anggur Isabella - Agak masam sedikit . saya belum pandai tanam pokok anggur..tapi warna mengiurkan.