Wednesday, June 29, 2016

30hb Jun 2016 - Menikmati kelazatan buah Albacor Comuna dan Beat Ramon

Alhamdulillah.
Beberapa jenis pokok Tin telahpun menghasilkan buah yang masak pada bulan Ramadhan ni. Hampir setiap hari Allah mengurniakan rezeki mengutip buah-buah masak sepanjang Ramadhan ini. Setiap kali memetik buah kami akan simpan dulu satu malam didalam peti ais . ini bertujuan bagi buah-buah itu lebih masak ( ranum) dan menghasilkan manisan yang amat manis.

Pengalaman baru untuk tahun ni. makan buah Tin sepanjang bulan puasa ini.sempat juga berkongsi sedikit buah-buah pada jiran-jiran yang berhampiran.

Posting kali ini saya nak berkongsi kesedapan buah Albacor Comuna yang telahpun masak beberapa biji dihalaman rumah ni. Varieti Beat Ramon tidak kurang hebatnya. warna yang kehitaman membuatkan naik selera kerana varieti ini memang cukup manis.

Kepada kawan-kawan yang masih belum memiliki jenis ini , cuba lah tanam varieti terbaik ini.
Untuk pengetahuan semua Albacor Comuna adalah varieti yang di panggil nama sebagai " King of Black Figs " . nanti saya akan tunjukkan pula berkenaan "Queen of Black Figs " pula.

Sekian.

 Albacor Comuna


No comments:

Post a Comment