Monday, September 26, 2016

27hb Sept 2016 - Perkembangan terkini tentang Buah GAC ( Super Fruit )

Bismillahirahmanirahim

Sedikit perkembangan berkenaan buah GAC yang saya tanam pada pertengahan April 2016 lepas. Alhamdulillah dalam beberapa bulan sahaja pokok ini telahpun menghasilkan buah yang banyak. tanam pokok ini amat menarik sekali kerana kita dapat melihat perkembangan pokok dan juga proses pendebungaan ( manual polination). sekejap sahaja pokok ini menghasilkan bunga dan buah yang banyak.

Pokok GAC ini masih dalam proses kajian lagi kerana kami belum dapat merasa keenakkan buah tersebut. Apa yang saya faham rasa buah ini menurut beberapa rakan yang telahpun makan di sini ,rasanya berlemak dan tidak manis , tidak masam. Kesimpulanya elok lah saya menunggu buah yang sedang membesar di rumah ni. baru saya post lagi ye.







Tuesday, September 20, 2016

20hb Sept 2016 - Gambar Buah Varieti Bourjasotte Noire

Alhamdulillah.

Pada petang semalam saya tergerak hati nak pi petik buah varieti Bourjasotte Noire. Pokok dh la tinggi 7-8kaki. saya terpaksa ambil beberapa biji batu bata utk buat tempat pijak. belek-belek dalam sarung plastik semua buah telahpun lembik dan ada yang hampir mengeluarkan air manisan.. Terus petik kesemuanya. Alhamdulillah jarang dapat masak sekali gus.




Sesi bergambar pulak..susun cantik-cantik atas daun pokok tin yang rendah..berlatar belakangkan cuaca yang terang..kita snap beberapa keping untuk diupload ke dalam instagram dan facebook.
Untuk peminat yang belum follow instagram kami sila la add Seriputrafigs dan kalau di facebook klik like page kami di Seriputra Figs.





Alhamdulillah setelah kami belah , kesemuanya cantik-cantik belaka. warna kulit kebiru-biruan dan isi didalam nya merah saga. bag pendapat kami jika anda semua berminat untuk menanam pokok tin yang menghasilkan buah-buah yang mempunyai rupa bentuk yang amat cantik. ini lah varieti yang betol-betol cantik. varieti yang seakan-akan sama ( Synonim ) adalah jenis Violette De Sollies. tapi bagi pendapat saya salah satu varieti ini ada sedikit kelainan. ianya tidak 100% sama.

Terima Kasih
- Pokteh