Sunday, November 13, 2016

14hb November 2016 - Buah GAC!! Jom layan gambarnya

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim , Minggu ini ada beberapa biji buah GAC telahpun masak. Alhamdulillah kami telahpun merasai sendiri buah GAC yang masak ranum ni. Warna yang amat menarik sekali, merah terang. Oleh kerana permintaan dari rakan-rakan terlalu banyak yang nak merasai sendiri buah GAC ini, kami mengambil keputusan untuk proses semuanya menjadi JUS GAC. so semua boleh rasa nanti.

Semalam isteri saya telahpun belah kesemuanya ,sambil tu layan la gambar-gambar buah GAC ini.







Gambar - gambar buah GAC yang dipetik di halaman rumah kami. Cantik kan warna merah , buah GAC ini bersize mcm buah durian. lupa pulak nak timbang beratnya.







 Buah GAC yang telahpun di belah. lihatlah isi didalam nya. Rasa nya agak kurang manis dan cukup-cukup berlemak. so kita akan didihkan sebelum diproses menjadi JUS. Buah ini kaya dengan antioksidan dan anti kanser. Vitamin C yang tinggi.








Gambar-gambar diatas ini kami ambil sedikit isi buah GAC dan diletakkan bersama ais krim vanilla. Sedap sungguh kerana rasa lemak dan masam-masam manis kerana buah ini telahpun di campur sedikit pati sun quick.


Oleh kerana permintaan anak benih GAC semakin bertambah , kami telahpun menyemai lagi anak-anak benih GAC untuk memenuhi permintaan pelanggan, Kepada sesiapa berminat bolehlah cuba hubungi kami. Anak pokok dah stabil. RM60.00 ( Sepasang)

013-3227141 atau 017-6410008

 Terima kasih.