Wednesday, June 29, 2016

30hb Jun 2016 - Menikmati kelazatan buah Albacor Comuna dan Beat Ramon

Alhamdulillah.
Beberapa jenis pokok Tin telahpun menghasilkan buah yang masak pada bulan Ramadhan ni. Hampir setiap hari Allah mengurniakan rezeki mengutip buah-buah masak sepanjang Ramadhan ini. Setiap kali memetik buah kami akan simpan dulu satu malam didalam peti ais . ini bertujuan bagi buah-buah itu lebih masak ( ranum) dan menghasilkan manisan yang amat manis.

Pengalaman baru untuk tahun ni. makan buah Tin sepanjang bulan puasa ini.sempat juga berkongsi sedikit buah-buah pada jiran-jiran yang berhampiran.

Posting kali ini saya nak berkongsi kesedapan buah Albacor Comuna yang telahpun masak beberapa biji dihalaman rumah ni. Varieti Beat Ramon tidak kurang hebatnya. warna yang kehitaman membuatkan naik selera kerana varieti ini memang cukup manis.

Kepada kawan-kawan yang masih belum memiliki jenis ini , cuba lah tanam varieti terbaik ini.
Untuk pengetahuan semua Albacor Comuna adalah varieti yang di panggil nama sebagai " King of Black Figs " . nanti saya akan tunjukkan pula berkenaan "Queen of Black Figs " pula.

Sekian.

 Albacor Comuna


Thursday, June 23, 2016

23hb June 2016 - Rezeki pada Ramadhan ( Gambar Buah)

Assalamualaikum WBRT

Dah lama tak update kerana bulan puasa , agak sibuk di office dan nak menghabiskan mengaji pada bulan puasa ni. Alhamdulillah pada 21hb jun lepas dah selesai 30 juz. Allah bagi saya ruang untuk mengaji dan habiskan lebih awal tahun ini.

Alhamdulillah buah-buah syurga telahpun banyak masak sepanjang berpuasa ini. Tahun yang cukup berbeza dari yang lepas-lepas. sepanjang hampir 38thn ini , tahun ini ada cukup berbeza kerana setiap hari makan buah-buah Tin yang masak di halaman rumah. Jom kita layan gambar-gambar buah yang telahpun masak sepanjang ramadhan.

 Mula-mula kita susun molek-molek buah yang dipetik petang baru ni sebelum waktu berbuka puasa.

Goulbun dan Red Libya.

 Barnisotte

Barnisotte

 Bellone

Bellone 

 Goulbun

Goulbun

Bourjasotte Noire


Bourjasotte Noire

Bergunya

Bergunya

Red Libya

Red Libya


Tia Penya

Tia Penya

Napolitana Negra

Napolitana Negra

Noire De Caromb

Noire De Caromb

Masui Dauphine ( a)

MAsui Dauphine (a)

Buah-buah syurga ini manis dan lemak kesemuanya.walaupun ada jenis yang agak murah tapi kesedapan buah Tin memang unik. cuba tanam.. selepas 3 bulan selalunya akan berbuah.
SELAMAT MENCUBA


Tuesday, June 7, 2016

7hb June 2016 - Pokok-Pokok di kampung

Assalamualaikum

Ada sedikit update dari kampung minggu lepas sebelum kita menyambut kedatangan Ramadhan ( bulan puasa) . Kami telahpun balik ke kampung mertua sambil-sambil bercuti.
Alhamdulillah saya agak teruja kerana pokok-pokok di kampung cantik , sihat , pokok sayur yang ditanam pun segar2 semuanya. tanpa menggunakan racun-racun dan baja kimia.

Jom layan gambar- gambar di sana.

 Susunan pokok Tin dan Pokok Bunga Kertas

 Cutting Pokok Tin Varieti Texas Ever Bearing. selamba saja letak kt tempat panas. walaupun cutting ini masih lagi dalam proses "hardening". Memang menjadi tangan mertua saya ni.

 Pokok Bendi

 Pokok Kacang Panjang

 Pokok Timun

 Pokok Terung

 Pokok Tin Varieti Masui Dauphine A

 Pokok Tin Varieti Green Jordan

 Pokok Tin Varieti Jumbo

 Pokok Tin Varieti Ipoh Blue Giant

 Pokok Timun

Pokok- Pokok Sayur yang tersusun rapi.